Tuesday, May 19, 2009

SEJARAH SMK BEAUFORT

Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort dibuka pada tahun 1976. Pada masa itu, ia dikenali sebagai SMK Mempagar kerana menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Mempagar. Keadaan ini berterusan sehingga pertengahan tahun 1984 apabila sekolah ini berpindah ke bangunan yang ada sekarang dan namanya diubah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort. Bangunan SMK Beaufort digunakan sepenuhnya pada 7 Mei 1984.

Pada awalnya hanya 8 buah kelas dibuka dengan bilangan pelajar seramai 325 orang, 13 orang guru dan 5 orang KTBM. Pada tahun 1985, perkembangan ketara dapat dilihat apabila kelas Tingkatan 4 dan 6 Rendah ditubuhkan. Penubuhan kelas tingkatan 6 di sekolah ini menjadikan SMK Beaufort sekolah menengah yang pertama mempunyai pelajar tingkatan enam di pedalaman bawah Sabah. Keadaan ini menjadikan SMK Beaufort lebih dikenali dan menerima pelajar dari bahagian-bahagian lain di negeri ini. Bilangan pelajar meningkat kepada 710 orang, 16 buah kelas, 29 orang guru dan 13 orang KTBM.

Menjelang tahun 1986, kelas sudah bertambah kepada 30 buah, 986 orang pelajar, 52 orang guru dan 16 orang KTBM. Pada tahun tersebut juga merupakan tahun pertama pelajar SMK Beaufort menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Berdasarkan data tahun 2008, jumlah kelas telah meningkat sebanyak 44 buah kelas dengan jumlah pelajar seramai 1024 orang pelajar termasuk pelajar Pendidikan Khas. Jumlah guru seramai 87 orang dan KTBM seramai 15 orang.

2 comments:

  1. siuk membaca sejarahnya ani...

    ReplyDelete
  2. salam, sekadar nak berkongsi instrumen Borang Transit PBS fleksibel utk semua subjek di http://eformrpm-pbs.blogspot.com

    ReplyDelete