Thursday, July 30, 2009

BULAN KEMERDEKAAN



Esok bersamaan hari Sabtu (1 Ogos 2009), kita telah memasuki bulan kemerdekaan. Tahun ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke- 52 Tahun. Tema Sambutan Hari Kemerdekaan "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Sebagai rakyat Malaysia, tidak kira murid-murid, guru-guru, para pemimpin, mahupun anggota masyarakat, kita perlu bersyukur kerana Negara kita telah mencapai kemerdekaan.



Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.



Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.


Logo 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Bangsa Malaysia yang merangkumi pelbagai suku kaum dan agama yang terdapat di Malaysia


Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur jasa-jasa pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960).

Bapa Kemerdekaan, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan "Merdeka" pada 31 Ogos 1957. Ini diikuti dengan upacara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil lagu Negaraku dimainkan buat pertama kalinya.

Tuesday, July 28, 2009

MINGGU PROJEK 2 KAT (KATERING & PENYAJIAN)

Panitia Katering & Penyajian SMK Beaufort telah menganjurkan aktiviti "Minggu 2 Kat" yang melibatkan murid-murid Kelas 4 Ketering & 5 Katering. Tema Minggu ini adalah "Kompetensi + Kualiti Asas Trampil". En. Asliari Hj Tamit telah melancarkan minggu ini.








Panitia Katering & Penyajian SMK Beaufort telah menganjurkan aktiviti "Minggu 2 Kat" yang melibatkan murid-murid Kelas 4 Ketering & 5 Katering. Tema Minggu ini adalah "Kompetensi + Kualiti Asas Trampil". En. Asliari Hj Tamit telah melancarkan minggu ini.

PERTANDINGAN LALU LINTAS SHELL 2009

SMK Beaufort telah menjadi Johan Pertandingan Lalu Lintas Shell Peringkat Zon Selatan 2009 bagi kategori Menengah. Pertandingan ini telah diadakan di tapak Tamu, Pekan Beaufort. Tahniah diucapkan kepada murid-murid SMK Beaufort. Antara Sekolah yang bertanding adalah SMK Beaufort, SMK Beaufort II, SM. St Paul, SMK Padang Berempah, SMK St Peter Bundo & SM St John.

















PERKHEMAHAN KELAB PENCINTA ALAM


Tarikh : 11 Julai - 13 Julai 2009

Tempat : Taman Banjaran Crocker, Keningau

Anjuran : Malaysian Nature Society & JPN

Guru Pengiring : Pn. Laila Hijrah M. Iyen

Nama Murid yang terlibat :

1. Norasyikin Ali Amat (6 Atas Sastera)
2. Sulizah Sumari (4 Teknologi)
3. Khaliesah Ahmat (4 Teknologi)
4. Mohd Omeyrul Ali (4 Teknologi)
5. Fandi Ahmad Mohamad (4 Teknologi)
6. Aminuddin Kulamhan (2 Intelek)