Monday, August 31, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

"Selamat Kembali Ke Sekolah kepada para warga SMK Beaufort, Guru-guru dan murid-murid.

Sunday, August 16, 2009

SELAMAT BERCUTI & SELAMAT BERPUASA

Cuti Sekolah bermula pada 22 Ogos 2009 - 30 Ogos 2009 (Selama 9 hari) tetapi tambah sehari lagi iaitu 31 Ogos 2009 (Hari Kebangsaan). Di samping kita bercuti ini, kita akan mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan, bulan di mana semua umat Islam diwajibkan untuk menunaikan ibadat puasa.

Kepada semua murid SMK Beaufort diucapkan "SELAMAT BERCUTI" dan "SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA". Jangan lupa untuk membuat ulangkaji pelajaran semasa cuti ini, kerana ujian Ogos dan peperiksaan Excel II akan menanti anda semua selepas cuti ini terutama bagi murid Tingkatan 1, 2, 4 dan 6 bawah (Ujian Ogos). Tingkatan 5 dan 6 Atas Peperiksaan Excel II.





BACAAN YASSIN & SOLAT HAJAT

Bacaan Yassin & Solat Hajat telah dilakukan selepas selesai Pelancaran Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan (14 Ogos 2009). Ustaz Nurul Effendy Bin Osman dari SMK Kota Klias merupakan tetamu jemputan dan juga beliau yang menjadi Imam untuk Solat Hajat ini. Solat Hajat ini bertujuan untuk menghindari daripada bahaya jangkitan Penyakit H1N1 yang begitu membimbangkan di Malaysia, disamping memohon apa-apa hajat yang diinginkan kepada ALLAH S.W.T.




PELANCARAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN

SMK Beaufort telah mengadakan Pelancaran Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan peringkat sekolah yang telah dilaksanakan oleh Tuan Pengetua, En. Asliari Hj Tamit. Pelancaran ini dilaksanakan pada 14 Ogos 2009 (Jumaat) di Tapak Perhimpunan.

Ustaz Nurul Effendy Bin Osman dari SMK Kota Klias, menjadi tetamu jemputan yang telah menyampaikan Tazkirah kepada murid-murid.



















Thursday, August 6, 2009

PEPERIKSAAN EXCEL II (PMR)

Selamat menduduki Peperiksaan Excel II kepada Murid-murid Tingkatan 3 yang bakal menghadapi PMR tidak lama lagi. Semoga anda akan mendapat keputusan yang baik dalam Excel II ini.