Wednesday, April 22, 2015

Ini tahun Wira punya!😊😄

Sukantara Smk Beaufort telah diadakan pada 31 Mac 2015, bertempat di Kompleks Sukan Beaufort.

Rumah-rumah sukan yang bertanding adalah rumah sukan Waja, Wira, Satria dan Perdana. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu Lontar Peluru (L/P), Lompat jauh (L/P), 100m (L/P) dan 400m (L/P).

Kejohanan Sukantara Smk Beaufort 2015 ini telah dimenangi oleh Rumah Sukan Wira! Tahniah. Jumpa lagi di tahun hadapan!


Add caption

Tuesday, April 21, 2015

Tema Hari Guru 2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Berikut adalah huraian kepada Tema Hari Guru 2015.

 1. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti. 

2. Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan. 

 3. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut. 

Sumber : http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/Hari%20Guru%202015.pdf

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JUN 2015

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Jun 2015 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) dibuka mulai 01 hingga 25 April 2015. 

Laman Web E-gtukar

 http://apps8.moe.gov.my/epgo/

Kem Membaca 1Malaysia

Kem Membaca 1Malaysia. Membaca serentak selama 2015 Saat.Masa : 6.55 Pagi Tempat : Tapak Perhimpunan Tarikh : 21 April 2015 (Selasa)