Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI


Alhamdulillah akhirnya pihak Kementerian Pelajaran telah pun memberikan cuti khas kepada semua sekolah di Malaysia untuk bercuti pada 18 September 2009 (Jumaat). Diucapkan Selamat Bercuti Dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SMK Beaufort. Di dalam keadaan yang bergembira jangan lupa untuk menjaga keselamatan dan kesihatan. Kepada murid-murid jangan asyik bermain mercun, tak takut ke bahaya mercun? Lebih-lebih lagi kepada murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Nasihat juga diberikan kepada pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa memandu.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

MAAF ZAHIR & BATIN

Berikut adalah Kenyataan Media :

Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H



1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.

2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.


YAB Menteri Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 16 September 2009

Monday, September 7, 2009

PENGURUSAN TINGKATAN 6 DG44

Garis Panduan Pelaksanaan Tingkatan 6

Anda boleh muatturun dokumen berkenaan di bawah link berikut :

CD Taklimat Tingkatan 6