Sunday, June 28, 2009

Friday, June 26, 2009

HARI TERBUKA PENDIDIKAN KHAS SMK BEAUFORT 2009

Latar Belakang Penubuhan Kelas Khas Integrasi Masalah Pembelajaran SMK Beaufort, Sabah

Kelas Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran SMK Beaufort telah ditubuhkan sejak tahun 1999 dan tahun 2000 di bawah Program Kelas Pemulihan. Pada tahun 2001, kumpulan pertama Pendidikan Khas diwujudkan dan seramai 5 orang pelajar SK Pekan Beaufort mula ditempatkan di sini dengan bimbingan seorang guru..Atas keperluan yang semakin bertambah perkhidmatan kelas pendidikan khas di sekolah ini menerima kedatangan lebih ramai pelajar. Kini, terdapat 14 orang guru, 50 orang murid dan 2 orang pembantu pengurusan pelajar.
RASIONAL
Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.
MATLAMAT
Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan meliputi aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nila-nilai estetika dan sosial agar mereka menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIF
Menguasai kemahiran berkomunikasi
Menguasai kemahiran bergaul
Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai diri dan alam sekeliling
Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
Mengurus hal-al kehidupan seharian
Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi
Memahami keperluan-keperluan jasmani serta menguasai kemahiran motor
Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
Menggembangkan potensi, bakat daya kreatif dan intelek


VISI SEKOLAH

Menjadi Sekolah Yang Gemilang
Menjelang Tahun 2010

MISI SEKOLAH
Melahirkan semangat kekitaan dan rasa keupayaan dalam kalangan warga SMK Beaufort.
Mencungkil dan megembangkan potensi diri pelajar pada era globalisasi
Memupuk semangat belajar yang tingg, beriltizam,beristiqomah dan konsisten dalam kalangan pelajar.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Pendidikan biasa dan meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembanagan optima kanak-kanak dengan keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri. Boleh menyedari potensi diri sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

KATEGORI MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Sindrom Down
Epilepsi
Mild Mentali Retardard
Autisma
Masalah anggota
Disleksia
Ecaculia
Pintar cerdas
Haiperaktif

PUNCA-PUNCA MASALAH MURID
PENDIDIKAN KHAS
Keturunan/baka
Plumbum/ kecacatan (sperma/ ovum)
Ketagihan alcohol (Fetal Alcohol Syndrom)
Ketagihan rokok
Rubella
Umur ibu mengandung (muda/tua)
Kekurangan zat makanan atau nutrisi
Komplikasi semasa mengandung
Komplikasi semasa dilahirkan
Kemalangan
Demam panas
Gangguan sistem saraf otak
HIV AIDS
Dadah

KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS SMK BEAUFORT

Tingkatan atau kelas Pendidikan khas (pelajar yang gagal menguasai 3 M)
Subjek Teras : 1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Pendidikan Agama Islam
4. Pendidikan Moral
5. Matematik
6. Subjek teras aliran perdana (PMR/SPM)

Subjek Wajib : 1. Pendidikan Jasmani
2. Pendidikan Kesihatan
3 Kemahiran Hidup
4. Pendidikan seni

Elektif : 1. Literasi computer

KURIKULUM
- Murid pendidikan juga menduduki peperiksaan awam SPM/PMR

KO-KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
( sama dengan ko-kurikulum di aliran perdana sekolah)

PROGRAM PRAVOKASIONAL SMK BEAUFORT
Jahitan
Masakan
Pertanian-Berkebun
Dobi
Asas kemahiran teknikal

KEMUDAHAN UNTUK ORANG KELAINAN UPAYA

Elaun khas RM 150.00 sebulan.
Rawatan percuma di hospital kerajaan
Diskaun 50% tambang kapalterbang
Pengecualian cukai pendapatan
Tambang percuma keretapi/LRT
Bantuan khas JKM
Peruntukan khas peluang kerja dari Jabatan Tenaga Kerja

Program Khas Pendidikan Khas SMK.Beaufort.

Program Transisi—Menanam Sayur-sayuran
Mendobi
Kelas Tambahan PMR
Perkhemahan Pengakap
Kejohanan Special Olimpik Beaufort
Kejohanan Futsal Special Olimpik Beaufort
Hari Terbuka/Hari Keluarga.

PROSEDUR KEMASUKAN MURID
PENDIDIKAN KHAS
( BERMASALAH PEMBELAJARAN )



Mula

Ambil Borang Pendaftaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas Dari Jabatan Pelajaran Negeri

Isi Borang Dan Buat Pemeriksaan Doktor Dan Buat Pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Malaysia
Kembalikan Borang Yang Lengkap Ke Jabatan Pelajaran Negeri
Proses Penilaian
Temuduga Ibu Bapa
Tawaran Penempatan
Tempoh Percubaan
Pengesahan Penemp

Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Khas SMK Beaufort

Penasihat
En. Asliari Hj Tamit

Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Hadizah Bt Bahrin

Penyelaras
En. Adnan B Salleh

Setiausaha
Cik Sumarni Bt Lakulassa

Guru-guru Pendidikan Khas

Milah Bt Amin - B.Ed Hons ( Pend. Khas )
Amran Umasa - B.Ed Psikologi
(Industri & Organisasi)
Aluister Balang - Ijazah sarjana muda
Awang Faizal Matussin - Ijazah sarjana muda
Suaili Dullah - Diploma perguruan pendidikan khas
Hamdan Isamayi - B.Ed Hons (Pendidikan)
Rosmaineh Roslee - B.Ed Hons (sains)
Siruan Asikin - B.Ed Hons (pend. khas)
Dzulkaria Daud - B. Ed Hons (pend. khas)
Norsiana Jual - B.Ed Hons (Pend. khas)
Noraziah Mohd Shukor - B. Ed Hons (Pendidikan)
Norlay Mat Zaini - B. Ed Hons (Pendidikan)

Pembantu Pengurusan Murid
Noorernie Bte Insin
Rostarinna Bte Ahmad

Thursday, June 18, 2009

AKTIVITI TERKINI


AKTIVITI :


1) HARI PERTAMA 25 JUN 2009 (KHAMIS)

  • CERAMAH PENDIDIKAN KHAS

DI DEWAN ASRAMA SMK BEAUFORT


2) HARI KEDUA 26 JUN 2009 (JUMAAT)

  • PAMERAN PENDIDIKAN KHAS


3) HARI KETIGA (ACARA KEMUNCAK)

27 JUN 2009 (SABTU)

  • TANDATANGAN BUKU REKOD KEMAJUAN MURID OLEH IBUBAPA/PENJAGA

  • AKTIVITI SUKANEKA

  • PERTANDINGAN NYANYIAN

a) DUET IBU/BAPA DAN PELAJAR

b) BINTANG KECIL

  • PAMERAN

“IBUBAPA DAN PENJAGA MURID SERTA MASYARAKAT DI DAERAH BEAUFORT DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI TERBUKA SMK BEAUFORT INI”

Monday, June 8, 2009

PROGRAM KAKITANGAN MESRA ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN (AKS) BERSAMA KAKITANGAN SWASTA SMK BEAUFORT

Tarikh : 03 - 12 Jun 2009

Tempat : S.M.K Beaufort.


Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) merupakan satu unit dalam sistem pentadbiran di sesebuah sekolah. oleh yang demikian, program mesra ini dijalankan semasa cuti sekolah yang mana ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama staf AKS dan merupakan satu cara meningkatkan kualiti kerja.Dengan adanya aktiviti seperti ini juga dapat merehatkan dan menenangkan minda dan diri dari kesibukan kerja.

antara aktiviti yang diadakan semasa program ini adalah:

1) Permainan carom
2) Perlawanan Badminton
3) Gotong - royong



Pengetua SMK Beaufort turut serta bermain permainan Carom.




Sebahagian staf AKS SMK Beaufort yang seronok bermain permainan Carom,.


Perlawanan Badminton antara AKS dengan pekerja swasta,.


Aksi-aksi Staf semasa perlawanan badminton


gotong-royong


pengetua SMK Beaufort turun padang bagi memastikan program berjalan lancar.

Membersihkan kawasan


Penanaman semula pokok bunga di lereng bukit