Tuesday, February 23, 2010

HARI MENGUNDI SMK BEAUFORT

Hari ini 24 Februari 2010 (Khamis). SMK Beaufort telah mengadakan Hari Pengundian bagi memilih Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi Kelab Pelajar Islam (PERPIS), Kelab Rukun Negara dan Kelab Pencegahan Jenayah untuk sesi 2010.

Proses pengundian diadakan di dua tempat iaitu di Pondok Seri Menanti dan Bilik Kaunseling. Semua murid SMK Beaufort adalah layak untuk memilih dan mengundi calon pilihan mereka.

Sebarang keputusan mengenai calon yang menang akan dimaklumkan kemudian.

Friday, February 19, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2010


Pengertian Maulidur Rasul

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

Acara Kemuncak Perarakan Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan pada 1 Mac 2010 (Isnin) di perkarangan kawasan sekolah.

Keputusan STPM 2009 diumum Khamis, 25 Februari 2010

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip “STPM (jarak) nombor kad pengenalan” dan hantar ke 36363, atau menaip “STPM Result (jarak) nombor kad pengenalan” dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pukul 11.30 pagi pada tarikh yang sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lalu, 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.

Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian. – Bernama

Saturday, February 13, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA (GONG XI FA CAI)


Selamat Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Cai) diucapkan kepada warga SMK Beaufort yang merayakan perayaan ini pada 14 Februari 2010 hingga 15 Februari 2010.

Tuesday, February 2, 2010

PERTANDINGAN PING PONG MSS DAERAH BEAUFORT 2010

Pasukan Ping Pong SMK Beaufort telah menyertai Pertandingan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Beaufort (MSSD) pada 02 Februari 2010 hingga 03 Februari 2010 di SMK Membakut II. Seramai 12 orang murid dan 2 orang guru pengiring yang menyertai pertandingan tersebut.


Acara yang dipertandingkan adalah acara perseorangan Lelaki dan Perempuan dan acara bergu Lelaki dan Perempuan. Pasukan SMK Beaufort telah menjadi Johan tiga dari empat kategori yang dipertandingkan. Iaitu johan bagi kategori perseorangan Lelaki dan Perempuan dan johan acara bergu Perempuan. Johan bagi acara bergu Lelaki telah dimenangi oleh pasukan SMK Beaufort II, pemain kita terkandas di peringkat separuh akhir.


Berikut adalah senarai pemenang Pertandingan Ping Pong MSSD Beaufort 2010 :


Johan Acara Perseorangan Lelaki : Md. Azhar Suhaimi

Johan Acara Perseorangan Perempuan : Juleha Binti Osman

Johan Acara Bergu Perempuan : Norijan Bte Nordin & Sanariah Binti Arman

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH BEAUFORT 2010

SMK Beaufort telah menjadi Johan Keseluruhan bagi ketagori Lelaki dan Perempuan yang diadakan pada 1 Februari 2010 (Selasa). Syabas dan Tahniah diucapkan kepada murid yang telah menyertai pertandingan berkenaan.