Saturday, July 18, 2009

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PRESTASI (MAKEP) 2009


Majlis Anugerah Kecemerlangan Prestasi (MAKEP) 2009 telah diadakan pada 18 Julai 2009 (Sabtu) di Dewan Perdana, SMK Beaufort. Tema MAKEP pada tahun ini adalah "25 TAHUN SMK BEAUFORT GEMILANG". Pada tahun 2009 ini, genaplah 25 tahun penubuhan SMK Beaufort dan pada 11 April 2009 juga telah diadakan sambutan Jubli Perak SMK Beaufort.

MAKEP 2009 ini telah dirasmikan oleh En. Salleh Bin Eddris, Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort. Turut sama hadir di majlis ini adalah Yang Dipertua PIBG SMK Beaufort, Tn. Hj Bagul Hj Bujang serta Pengetua SMK Beaufort selaku Penasihat MAKEP. Pengerusi MAKEP pada tahun ini adalah En. Azami Laman. Alhamdullah semuanya berjalan lancar semasa majlis ini. Terima kasih diucapkan kepada para hadiran yang hadir untuk memeriahkan majlis ini.


Banner MAKEP 2009 yang siap dihias

Sjn Kadet Mohd Farhan & L/ Kpl Kadet Mohd Husli Azri bertugas sebagai kawalan lalulintas sempena MAKEP 2009

Sjn Kadet Norazuwan dan L/Kpl Kadet Shasi Man juga menjadi petugas lalulintas

Sjn Kadet Abdul Hadi dan Sjn Kadet Siti Fazillah antara ahli Kadet Polis yang bertugas sebagai kawalan lalu lintas

Guru-guru dan pasukan kompang begitu sabar menanti kedatangan Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort

Murid-murid yang memainkan peranan sebagai pembawa bunga manggar

Pasukan bunga manggar sekolah yang sabar menanti kedatangan para jemputan

Kelihatan Adik Abdul Hiqmal & Adik Mohd Nazreen mendaftar kehadiran sebagai penerima anugerah terbaik SPM 2008

Murid-murid 6 Atas Ekonomi Geografi tidak mahu ketinggalan untuk membuka gerai jualan atas nama Kelab Pelaburan Bijak

Murid terbaik SPM 2008 turut hadir untuk menerima anugerah

Sebahagian murid-murid Pendidikan Khas yang menerima anugerah bersama Cik Zuraidah

Murid-murid Tingkatan 3 yang menerima anugerah

Murid-murid Tingkatan 4 yang menerima anugerah

Murid-murid Tingkatan 5 yang menerima anugerah

Murid-murid Tingkatan 6 yang menerima anugerah

Murid-murid yang tidak menerima anugerah pun hadir untuk memeriahkan majlis

Dari Kiri, En. Suili, En. Tommy (Bos Kelab Kewangan), En. Jamal dan En. Rosmaineh

Di antara guru-guru lelaki yang memeriahkan MAKEP

Pn. Hadizah (Penolong Kanan Pentadbiran) sedang membeli di gerai Kelab Kewangan

Dari Kiri, En. Richard, Ust. Shaiful, En. Yasri, En. Moses, En. Hamdan, En. Idris, YM. Raja Seman dan En. Azami

Sebahagian guru wanita yang bersedia menyambut kedatangan Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort


Murid SMK Beaufort sedang menyemat bunga pada En. Salleh (Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort)

Kelihatan Pengetua, En. Asliari, En. Tadin, En. Idris, En. Zulkifle, En. Salleh (Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort) dan YDP PIBG, Tn. Hj Bagul

Sebahagian guru yang mengendalikan jamuan bersama murid-murid Katering

Murid-murid Katering begitu sibuk menyediakan jamuan untuk para jemputan

En. Agku Mod Gadafee dan krew-krew unit APD begitu tekun mengendali PA. Sistem

Murid-murid kelihatan ceria menunggu ucapan penyampaian sijil

Pengetua SMK Beaufort sedang menyampaikan ucapan

Sebahagian dari penerima anugerah

Kelihatan Cik Salyateh yang begitu bersemangat bersama murid yang menerima anugerah


Juruacara Majlis yang begitu petah berkata-kata untuk memeriahkan majlis ini, Pn. Jalita dan En. SMD Fauzi


Yang Dipertua PIBG SMK Beaufort, Tuan Hj Bagul sedang menyampaikan ucapan

En. Salleh Bin Eddris, Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort sedang memberikan ucapan

Tetamu jemputan bersama guru-guru

Kelab Tarian SMK Beaufort

Gerai Jualan Kelab Kewangan menjadi tumpuan murid-murid dan guru-guru


Gimik Perasmian MAKEP 2009 yang telah dilancarkan oleh En. Salleh, Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort


En. Salleh Bin Eddris, Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort menerima cenderakenangan dari Pengetua SMK Beaufort, En. Asliari Hj Tamit


Persembahan Nasyid murid SMK Beaufort yang dilatih oleh Pn. Che Nor Azliza

Persembahan Tarian daripada murid SMK Beaufort yang dilatih oleh Cik Milah

Murid-murid pendidikan khas juga tidak terkecuali menerima anugerah

Di antara murid yang menerima anugerah terbaik Tingkatan

Adik Shaizatul, Adik Haziqah dan Adik Normah yang menerima anugerah terbaik Tingkatan 6


Pengetua, En. Asliari dan En. Azami mengiringi Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort, En. Salleh bersedia untuk menyampaikan anugerah

Pengetua membuka sampul pemenang Anugerah Panitia Terbaik 2009

Pn. Wee mewakili Panitia Bahasa Inggeris menerima anugerah Panitia Terbaik 2009

Murid-murid yang menerima anugerah Tokoh pelajar dan Pelajar Harapan 2009

Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort menyampaikan sijil kepada
Pelajar Harapan Perempuan 2009

Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort menyampaikan sijil kepada
Pelajar Harapan Lelaki 2009

Adik Siti Aisah menerima sijil dari Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort
sebagai Tokoh Pelajar Perempuan 2009

Adik Yanson menerima sijil dari Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort
sebagai Tokoh Pelajar Lelaki 2009

Gotong-royong beginilah mempercepatkan kerja mengemas dewan

Guru-guru bertungkus lumus mengemas kerusi-kerusi dari dewan

1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM,SEMOGA BERJAYA KPD SMUA WARGA SMK BEAUFORT.

    -AHMAD SAFWAN IDRUS-
    KOLEJ MARA SEREMBAN
    (3 AMANAH 2005)

    ReplyDelete