Monday, July 6, 2009

AKTIVITI CUCI KERETA OLEH MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas Integrasi SMK Beaufort telah mengadakan aktiviti perkhidmatan mencuci kereta oleh murid pendidikan khas bermula dari 15 Julai 2009 setiap hari Rabu. Aktiviti ini telah dilaksanakan oleh Persatuan Pengakap Pendidikan Khas SMK Beaufort bagi memenuhi aktiviti ko-kurikulum disamping melatih murid-murid pendidikan khas dengan kemahiran mencuci kereta yang dapat membantu mereka mengumpulkan duit untuk tabung persatuan mereka.

Aktiviti ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 3.00 petang dan bertempat di kompleks flat Guru SMK Beaufort. Harga Promosi yang diperkenalkan bagi kereta adalah RM5.00 dan motorsikal adalah RM2.00.


"Semua guru dan kakitangan SMK Beaufort dialu-alukan mencuba perkhidmatan ini. Belum cuba belum tahu....."



No comments:

Post a Comment