Saturday, July 4, 2009

GAMBAR KARNIVAL SUKAN

Karnival Sukan SMK Beaufort 2009 adalah karnival sukan yang julung kali dianjurkan.Karnival ini mempertandingkan 10 jenis sukan dan permainan dan pertandingan di antara rumah-rumah sukan yang terdapat di sekolah iaitu Rumah Waja, Rumah Wira, Rumah Satria dan Rumah Perdana.

Di antara jenis sukan yang di pertandingkan ialah :
1. Ping Pong
2. Sepak Takraw
3.Futsal
4.Bola Jaring
5.Bola Keranjang
6.Hoki
7.Catur
8.Bola Baling
9.Badminton
10. Bola Tampar

Juara keseluruhan bagi karnival sukan yang pertama ini adalah dimenangi oleh Rumah Waja. Tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang menang dan kepada rumah sukan yang lain, jangan berputus asa, tahun depan boleh mencuba lagi.

Semoga karnival ini akan dapat menyatukan hubungan di antara murid-murid SMK Beaufort dan akan dapat mencungkil bakat-bakat baru di dalam sukan yang dipertandingkan serta sekaligus dapat meningkatkan mutu sukan di sekolah ini. Sebarang kekurangan dan kelemahan dari segi penganjuran karnival ini akan dapat diperbaiki lagi pada masa akan datang dan kerjasama semua pihak termasuk guru-guru dan murid-murid amatlah diharap-harapkan.

















No comments:

Post a Comment