Wednesday, January 20, 2010
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2010
Tarikh : 21 Januari 2010
Hari : Khamis
Masa : 7.00 Pagi - 12.35 Tengahari
Tempat : Padang SMK Beaufort & Kawasan Sekitar Tapak Tamu
Monday, January 4, 2010
SESI PERSEKOLAHAN 2010 BERMULA
Selamat Datang diucapkan kepada murid-murid yang baru mendaftar di SMK Beaufort terutamanya murid-murid Tingkatan 1. Semoga anda dapat menyesuaikan diri dengan perubahan sesi persekolahan iaitu dari sekolah rendah ke sekolah menengah.
Friday, January 1, 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2010 DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Sebut tentang tahun baru, mesti disertakan dengan azam. Oleh itu, apakah azam anda di tahun 2010 ini? Adakah anda mempunyai azam baru? Atau azam yang lama belum terlaksana lagi.
Walaubagaimanapun, diharapkan tahun 2010 ini akan memberi harapan baru kepada kita semua. Sekiranya perancangan tahun 2009 tidak kesampaian, apa kata pada tahun 2010 ini kita berusaha agar semua azam dan impian akan terlaksana. Kepada murid-murid SMK Beaufort, diharapkan semoga pada tahun 2010 ini, anda akan dapat meningkatkan prestasi sekolah ini dari segi akademik, ko-kurikulum dan sahsiah diri. Murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2010, bersedialah dari awal tahun lagi untuk mengulangkaji pelajaran.
Tuesday, November 10, 2009
PROGRAM RESTU ILMU 2009 (MURID TINGKATAN 5 & 6 ATAS 2009)
Masa : 8.30 Pagi
Program Restu Ilmu 2009 yang di adakan melibatkan murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan SPM bagi Tingkatan 5 dan STPM bagi Tingkatan 6 Atas yang memohon restu dari guru-guru yang mengajar mereka.
Kelas-kelas yang terlibat adalah seperti berikut :
Tingkatan 5
5 Landskap
5 Katering
5 Dinamik
5 Inovatif
5 Ekonomi
5 Teknologi
Tingkatan 6 Atas
6 Atas Ekonomi
6 Atas Sains
6 Atas Sastera
Slide Show yang dibuat oleh murid khas untuk Program Restu Ilmu 2009
MAJLIS ANUGERAH KO-KURIKULUM 2009
AHLI JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM SMK BEAUFORT 2009.
Pengerusi:
En. Mohd Yusof Bin Junsin
Timb. Pengerusi:
En. Tommy Tan Hsio Chung
Setiausaha
Cik. Norasyikin Yusop
Bendahari
Cik. Rozely Francis
AJK persediaan dewan dan hiasan pentas:
En. Awang Faizal Matusin (K)
En. Rosmaineh Rosli
Cik. Salyateh Bulis
En. Siruan Asikin
Pelajar Asrama SMK Beaufort
AJK persembahan :
Cik Milah Amin (K)
Cik Norzain Hj Anin
Cik Jovinia Kimjus
AJK multimedia :
En. Zulkhairi (K)
En. Mohd Shahril Bin Abdul Rahman
AJK Kebersihan :
En. Jamal Djupri (K)
En. Suhaili Dullah
Pelajar Asrama SMK Beaufort
AJK Peralatan
En. Dzulkaria Daud (K)
En. Subri Mat Noor
Pelajar Asrama SMK Beaufort
PA Sistem
En. Tommy Tan Hsio Chung (K)
En. Jamil Rahim
Buku Program
Cik Cristie Janip (K)
Cik Rohayah Sabon Mihen
Pengurusan Pelajar
En. Raffi Maksin (K)
Cik Zuraidah bte Daud
Cik Sumarni bte Lakulassa
AJK Hadiah Dan Sijil
Cik Rozely Francis (K)
Cik Norasyikin Bte Yusop
Pelajar tingkatan 6 Rendah SMK Beaufort
ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN.
1. Murid Terbaik Unit berunifom (L/P)
2. Murid Terbaik Sukan dan Permainan (L/P)
3. Murid Terbaik Persatuan Akademik (L/P)
4. Murid terbaik sukan olahraga (L/P)
5. Unit Beruniform Terbaik
6. Kelab Sukan dan Permainan Terbaik
7. Persatuan Akademik Terbaik
8. Unit Beruniform paling aktif
9. Kelab Sukan dan Permainan paling aktif
10. Persatuan Akademik paling aktif
11. Guru Penasihat Unit Beruniform terbaik
12. Guru Penasihat Kelab dan Permainan terbaik
13. Guru Penasihat Persatuan Akademik terbaik
14. Jurulatih terbaik.
15. Murid Harapan Kokurikulum (L/P)
16. Murid Terbaik Kokurikulum (L/P)
17. Tokoh Kokurikulum (L/P)
18. Anugerah Kokurikulum
RAKAMAN KEJOHANAN OLAHRAGA 2009
Acara 4X100 Meter Kategori Guru
Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang 1
Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang 2
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-33 TAHUN 2009
Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-33 di SMK Beaufort pada tahun 2009 ini sangat berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Pada awal tahun pun telah di adakan Kejohanan olahraga dan tahun ini kejohanan olahraga telah di adakan dua kali, tetapi untuk tahun ini sahaja. Bermula pada tahun 2010 kejohanan olahraga akan di adakan pada hujung tahun yang hanya akan melibatkan murid dari Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 6 bawah sahaja.
Pada kejohanan olahraga kali ini, Rumah Wira telah berjaya merampas takhta tempat Pertama dari Rumah Waja. Di mana rumah Wira telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan. Syabas dan Tahniah diucapkan. Semoga kejohanan olahraga ini dapat melahirkan atlit-atlit yang berbakat dan berpotensi untuk bersaing di peringkat daerah, zon, negeri dan sampai ke peringkat kebangsaan.
Tarikh : 3, 4 dan 5 November 2009 (Selasa, Rabu & Khamis)
Tempat : Padang, SMK Beaufort