Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010 DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dan Selamat Kembali Ke Sekolah pada 4 Januari 2010 kepada murid-murid dan Guru-guru SMK Beaufort. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan dapat meningkatkan prestasi murid-murid dan juga guru-guru.

Sebut tentang tahun baru, mesti disertakan dengan azam. Oleh itu, apakah azam anda di tahun 2010 ini? Adakah anda mempunyai azam baru? Atau azam yang lama belum terlaksana lagi.

Walaubagaimanapun, diharapkan tahun 2010 ini akan memberi harapan baru kepada kita semua. Sekiranya perancangan tahun 2009 tidak kesampaian, apa kata pada tahun 2010 ini kita berusaha agar semua azam dan impian akan terlaksana. Kepada murid-murid SMK Beaufort, diharapkan semoga pada tahun 2010 ini, anda akan dapat meningkatkan prestasi sekolah ini dari segi akademik, ko-kurikulum dan sahsiah diri. Murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2010, bersedialah dari awal tahun lagi untuk mengulangkaji pelajaran.

No comments:

Post a Comment